Apakah
itu aerophagia?
Aerophagia merupakan istilah perubatan untuk berlebihan dan pengulangan penelanan udara. Kita mencerna sedikit udara apabila kita bercakap, makan atau ketawa. Orang yang mempunyai aerophagia menelan udara yang banyak, dan ia menghasilkan simptom gastrousus yang tidak menyenangkan.
Gastrousus merupakan saluran pencernaan di dalam sistem organ manusia yang mengekstrak dan menyerap tenaga dan nutrien, dan mengeluarkan sisa yang tinggal seperti najis.
Antara simptom bagi
gastrousus ini termasuklah sakit pada bahagian abdomen, kembung perut, sendawa,
dan kentut. Aerophagia
boleh menjadi kronik (jangka panjang) atau akut (jangka pendek) dan ianya juga boleh
dikatakan berkaitan dengan fizikal seperti faktor psikologi.
Apakah
simptom-simptomnya?
Kita menelan kita-kira dua suku udara setiap hari dengan hanya makan dan minum. Kita sendawa dalam separuh daripada itu. Udara yang lainnya berjalan melalui usus kecil dan keluar apabila kita kentut. Kebanyakan kita tidak mempunyai masalah untuk memproses dan mengeluarkan gas dari badan kita tetapi orang yang mempunyai aerophagia yang menelan banyak udara pula melalui simptom-simptom yang tidak menyenangkan.
Satu kajian yang diterbitkan oleh Alimentary Pharmacology dan Therapeutics mendapati kira-kira 56 peratus orang yang mempunyai aerophagia sering sendawa, 27 peratus kembung perut dan 19 peratus merasakan sakit pada bahagian abdomen dan distensi.
Adakah
ianya aerophagia atau masalah
penghadaman?
Aerophagia mungkin berkongsi simptom yang sama seperti masalah penghadaman – tidak berasa selesa pada atas abdomen, tetapi aerophagia dan masalah penghadaman adalah dua perkara yang berlainan. Di dalam kajian Alimentary Pharmacology dan Therapeutics, hanya orang yang mempunyai masalah penghadaman sahaja dilaporkan mempunyai simptom-simptom seperti yang disenaraikan di bawah:
- Loya-loya
- Muntah
- Rasa
kenyang walaupun tidak makan dalam kuantiti yang banyak
- Penurunan
berat badan
Apakah
puncanya?
Bagaimana kita bernafas, makan dan minum memainkan peranan penting dalam pembentukan aerophagia. Sesetengah perkara yang membawa kepada penelanan udara yang berlebihan termasuk:
- Makan
dengan cepat (contohnya, mengambil suapan yang kedua sebelum suapan pertama dikunyah
sepenuhnya dan ditelan)
- Bercakap
sambil makan
- Mengunyah
gula-gula getah
- Minum
melalui straw (menghirup lebih banyak udara)
- Merokok
(disebabkan perlakuan menghisap)
- Bernafas
melalui mulut
- Bersenam berlebihan
- Meminum
air yang berkarbonat
Di dalam satu kajian, pengkaji membandingkan seorang dewasa dengan aerophagia dan seorang dewasa dengan masalah penghadaman, pengkaji mendapati 19 peratus orang yang mempunyai aerophagia mempunyai perasaan risau (anxiety) dan 6 peratus oleh orang yang mempunyai masalah penghadaman.
Perhubungan di antara kerisauan (anxiety) dan aerophagia ditemui di dalam kajian yang lain yang diterbitkan di American Journal of Gastroenterology. Apabila subjek yang mempunyai sendawa yang berlebihan tidak mengetahui mereka sedang diperhati, sendawa mereka adalah sedikit daripada apabila mereka mengetahui mereka sedang diperhatikan.
Pakar membuat teori bahawa aerophagia
mungkin suatu tingkah laku yang digunakan oleh orang yang mempunyai kerisauan (anxiety) untuk
mengatasi stress.
Cara
untuk merawatnya