Bahaya Susu Kacang Soya



Seringkali kita mendengar tentang kebaikan susu kacang soya. Namun, adakah anda tahu tentang keburukannya? Susu soya bukan sahaja bahaya untuk lelaki, ianya juga bahaya untuk perempuan terutamanya perempuan yang hamil.


Berikut adalah keburukan susu soya:

  • Kandungan asid phytic yang tinggi yang menghalang penyerapan zat dan mineral di dalam usus. Kesannya, zat-zat dalam makanan yang kita makan sehari-hari tidak memberi manfaat kerana tidak diserap oleh tubuh.
  • Mengandungi hemaglutinin yang menyebabkan sel darah bercantum sesama sendiri.
  • Mengandungi goitrogen yang menyebabkan fungsi tiroid kita menjadi lemah.
  • Kebanyakan soya telah diubah suai secara genetik bertujuan untuk memperbaiki kualiti dari segi saiz dan sebagainya. Malangnya, ianya membuatkan kandungan racun perosak semakin tinggi dan khasiat semula jadinya berkurangan.
  • Kandungan toksin semula jadi yang tinggi dan ianya menghalang tugas enzim mencerna makanan di dalam tubuh. Toksin ini juga tidak dapat dimusnahkan melalui proses memasak. Kesan sampingan dari pengambilan toksin ini ialah kembung perut, kekurangan asid amino dan ketidakfungsian pankreas.
  • Wujud unsur heavy metal toxic iaitu unsur kimia metalik yang mempunyai ketumpatan yang agak tinggi dan beracun atau beracun pada kepekatan rendah. Contoh logam berat termasuklah mercury (Hg), cadmium (Cd), arsenic (As), chromium (Cr), thallium (Tl), lead (Pb)  dan ianya menyebabkan nyanyuk.



Info tambahan!


  • Soya juga turut melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan.
  • Soya meningkatkan risiko kanser payu dara, kanser ovari, kanser prostat serta melemahkan otak dan tulang kerana terdapat hormon estrogen di dalam soya yang sama seperti ekstrogen di dalam tubuh wanita.
  • Soya juga mempunyai phytic acid yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.
  • 2 gelas susu sehari, dalam masa sebulan, adalah cukup untuk mengubah masa kitaran haid wanita!
  •     Berupaya mempengaruhi dan melembapkan minda/otak.
  • Punca kepada proses pertumbuhan luar biasa untuk bayi dalam kandungan dan kanak-kanak.


Fakta lain


  • Dikatakan, bayi yang diberi minum susu berasaskan soya menghadam phytoestrogen dari kacang soya, seolah-olah bayi tersebut menerima 5 biji PIL PERANCANG dalam sehari!


  • Pada 1991, penyelidik Jepun melaporkan bahawa penggunaan soya serendah 30 gram sehari atau 2 sudu makan, untuk sebulan, boleh menyumbang kepada peningkatan hormon tiroid yang menyebabkan kanser tiroid.


No comments:

Aerophagia

Apakah itu aerophagia? Aerophagia merupakan istilah perubatan untuk berlebihan dan pengulangan penelanan udara. Kita mencerna sediki...