Definisi Ambivert
Ambivert
adalah sejenis personaliti yang berada di tengah-tengah personaliti introvert
dan ekstrovert. Ambivert mempunyai percampuran sifat dari kedua-duanya mempunyai kekuatan mereka yang tersendiri.
Adakah
anda selalu keliru sama ada anda adalah introvert atau ekstrovert? Jika ya, ada
kemungkinan anda adalah seorang ambivert-seseorang yang mempunyai kedua-dua
sifat tersebut. Ambivert adalah individu yang mengujakan kerana mereka adalah
orang yang bijak berbicara serta seorang pendengar yang baik.
Tanda-tanda anda adalah seorang ambivert:
- Anda tidak malu dengan perhatian yang anda dapat, tetapi ianya bergantung kepada situasinya. Dalam pelbagai situasi, anda lebih selesa menjadi pemerhati.
- Anda seronok berada di dalam majlis ataupun keluar beramai-ramai dengan kawan berjam-jam lamanya, tapi dengan tiba-tiba tenaga anda hilang. Apabila ianya terjadi, anda hanya ingin keluar dari situ.
- Anda lebih suka bersembang tentang perkara yang bertopik. Seperti ekstrovert, anda suka bersembang-tetapi, seperti introvert, anda benci bercakap kosong, perkara-perkara yang tiada makna. (anda boleh melakukannya, tetapi anda hanya mendapati ianya tidak ikhlas).
- Terdapat hadnya dalam bersosial. Anda selesa untuk bersosial (selalunya), tetapi untuk mengekalkannya, sangat sukar.
- Anda sangat pendiam di dalam sesuatu situasi. Anda menunjukkan imej yang berlainan di depan rakan sekerja dan orang yang anda kenali daripada kawan rapat anda. Jika anda tidak mengenali rapat dengan seseorang, anda lebih kepada menjadi seorang yang pendiam.
- ·Anda tidak tepat dengan kedua-dua label (tetapi anda menepati kedua-duanya). Apabila anda mengambil kuiz introvert dan ekstrovert, anda mendapat keputusan yang berlainan, bergantung kepada perasaan anda pada hari itu. Penerangan tentang kedua-dua personaliti sama seperti anda. Jika anda bertanya pada rakan anda, apakah anda introvert atau ekstrovert, merek memberi jawapan yang berlainan.
- Anda lebih suka memerhati. Anda teruja untuk pergi ke majlis sosial, tetapi anda sering memerhatikan keadaan sekeliling dahulu untuk menyesuaikan diri.
- Anda memerlukan sedikit masa sahaja untuk bersendirian. Anda memahami bahawa anda perlu dan menikmatinya, tapi satu malam berseorangan sudah memadai. Satu minggu berseorangan akan membuatkan anda tidak tentu hala dan tertanya-tanya apakah yang tidak kena.
- Anda selalunya berfikir sebelum bercakap. Anda tidak mempunyai masalah untuk mengeluarkan buah fikiran anda, tidak seperti introvert. Walaubagaimanapun, anda sering membiarkan orang lain mengeluarkan pendapat mereka dahulu sebelum anda.
- Anda lebih cenderung untuk mengimbangi orang disekeliling anda. Jika seseorang itu bercakap, anda akan diam dan mendengar. Jika sebaliknya, anda yang akan bercakap banyak.
Ambivert mempunyai kekuatan semula jadi.
Ambivert seperti personaliti-personaliti
yang lain, mempunyai kekuatan mereka yang tersendiri yang sangat sukar untuk
ditiru oleh orang lain. Antara salah satu tabiat ambivert adalah menyesuaikan
diri, dan ianya digunakan dalam pelbagai cara untuk ambivert berinteraksi
dengan orang lain.
Jika anda seorang ambivert, anda mungkin mengenali tanda-tanda
ini:
·
Ambivert bijak berbicara dan pendengar yang baik. Ambivert selalunya selesa untuk berbual, tetapi mereka juga
gembira untuk menjadi pendengar. Hal ini membuatkan orang lain merasa selesa
bersama dengan ambivert, dan ianya membawa kepada perbualan yang bermakna dan kedua-duanya
gembira menikmati masa mereka.
·
Mereka membina kepercayaan. Perbualan
dan meluahkan perasaan adalah salah satu cara untuk kita membina kepercayaan. Dalam
pada masa yang sama, kita akan lebih selesa bersama dengan orang-orang yang ramah,
kelakar dan pandai bersosial. Disebabkan ambivert boleh melakukan kedua-duanya,
orang-orang di sekeliling ambivert seronok meluangkan masa dan mempercayai
ambivert.
·
Mereka senang bergaul dengan semua orang. Kadang-kala, introvert dan ekstrovert yang ekstreme sukar
untuk bergaul-introvert mungkin akan merasa kepenatan sementara ekstrovert pula
mungkin akan merasa bosan. Ambivert selalunya tidak mempunyai masalah sebegini.
Mereka selesa bergaul dengan orang yang pendiam ataupun orang yang banyak
cakap.

No comments:
Post a Comment