Introvert


Definisi Introvert 




Introvert adalah seseorang yang sukakan ketenangan, persekitaran yang kurang sibuk. Introvert selalunya merasa penat selepas bersosial dan memerlukan masa bersendirian untuk mendapatkan kembali tenaga mereka. Ini adalah kerana otak introvert bertindak balas pada dopamin berlainan dari otak ekstrovert. Dalam erti kata lain, jika anda adalah introvert, anda memang dilahirkan sebegitu. Ianya sebahagian daripada personaliti anda.


Apakah maksudnya menjadi seorang introvert?


Semua orang dilahirkan dengan perwatakan yang berlainan – satu cara untuk mendapatkan tenaga atau pilihan anda untuk berinteraksi dengan dunia. Introversi dan ekstroversi adalah satu personaliti. Sama ada anda adalah introvert ataupun ekstrovert, ianya dipastikan oleh genetik anda – bermaksud anda mungkin dilahirkan sebegitu.

Walaubagaimanapun, kita juga dibentuk oleh pengalaman hidup kita sendiri. Jika anda senyap, berfikir dahulu sebelum membuat sesuatu dan ianya disokong oleh ibu bapa, guru-guru atau yang lain, anda mungkin membesar dengan merasa yakin terhadap diri. Tetapi, seperti introvert yang lain, jika anda diusik, dibuli atau disuruh untuk keluar dari dunia anda, anda mungkin akan mengalami fobia untuk berinteraksi dengan manusia (social anxiety) atau anda merasakan anda perlu berpura-pura untuk menjadi orang lain.

Ya, bukan semua introvert adalah sama. Sesetengah introvert hanya memerlukan sedikit masa bersendirian untuk berehat dan boleh bersosial dalam tempoh yang lama sebelum berasa penat. Sesetengah yang lain berasa penat dengan cepat dan memilih untuk meluangkan masa bersendirian dalam tempoh yang lama. Ianya berlainan untuk seseorang introvert, dan ramai introvert berada di tengah-tengah antara introvert atau ekstrovert.

Cepat atau lambat, semua introvert akan mengalami situasi ‘introvert hangover’ iaitu suatu perasaan betul-betul letih untuk berhadapan dengan orang dan dikelilingi orang. Mereka akan merasa letih, susah untuk fokus dan cepat meradang. Ianya seperti otak telah habis menggunakan tenaga mental mereka dan tidak meninggalkan apa-apa.

Ciri-ciri kebanyakan introvert miliki:

  •  Lebih suka berada di rumah dari keluar bersosial
  • Sukakan aktiviti yang tidak bising dan berseorangan seperti membaca, menulis, bermain game, berkebun ataupun melukis
  • Selalunya memilih untuk berkumpul dengan kawan yang rapat daripada mencari kawan baru
  • Melakukan tugas secara berseorangan dengan baik
  • Mengelak dari bersembang perkara yang tidak berfaedah seperti bergosip atau interaksi sosial.



Adakah introvert seorang yang pemalu?


Sebenarnya, ciri-ciri pemalu dan introvert adalah berlainan sama sekali. Berikut adalah perbezaan antara pemalu dan introvert:

  • Pemalu bermaksud seseorang itu berasa gementar dan tidak selesa berada di dalam situasi sosial. Kedua-dua introvert dan ekstrovert boleh memiliki ciri-ciri ini - bukan kesemua orang yang dilahirkan ekstrovert boleh bersembang dengan orang yang tidak dikenali!

  • Introvert bermaksud bersosial membuatkan seseorang itu berasa penat, letih. Seseorang itu mungkin tidak berasa gementar atau malu sama sekali. Sebenarnya, ramai introvert seronok bersosial (yang penting ianya bermakna bagi mereka!) dan ada sesetengah mungkin tersalah faham sebagai ambivert atau ekstrovert. Tetapi, lambat-laun ianya akan membuatkan anda penat, dan anda mungkin akan mengelakkan diri dari terlibat dalam aktiviti sosial selagi boleh.



Tanda-tanda anda adalah seorang introvert


  • Anda lebih suka meluangkan masa dengan beberapa kawan rapat daripada orang yang anda tidak kenali
  • Anda mempunyai daya imaginasi yang tinggi
  • Anda selalu berasa di dalam dunia anda (berkhayal)
  • Anda memilih untuk tidak menonjolkan diri
  • Anda boleh bersosial, tetapi anda rasa seperti berpura-pura
  • Anda selalu tidak tahu apa yang anda perlu cakapkan (topik perbualan)
  • Anda lebih baik menulis apa yang anda fikirkan daripada meluahkan apa yang anda rasa
  • Anda mendalami hubungan dan perkara yang anda minati
  • Anda berasa asing di dalam dunia ekstrovert



Anugerah sebagai seorang introvert


  • Dunia memerlukan orang yang berfikir sebelum bertindak dan melihat sesuatu dengan cara yang berbeza.



  • Dunia mempunyai tempat untuk orang-orang yang menghargai hubungan yang bermakna dari perkara yang tidak penting.




  • Dunia juga bersedia untuk orang tidak pentingkan diri, serta orang yang membawa ketenangan dan kebijaksanaan.



Artikel seterusnya akan berkisarkan tentang Ekstrovert.

No comments:

Aerophagia

Apakah itu aerophagia? Aerophagia merupakan istilah perubatan untuk berlebihan dan pengulangan penelanan udara. Kita mencerna sediki...