Apa Itu Pedofilia?
Terdapat banyak kes yang dipaparkan di kaca televisyen, media-media massa, media sosial dan surat khabar mengenai pedofilia. Apakah itu pedofilia? Pedofilia adalah sejenis gangguan psikologi di mana individu dewasa atau remaja yang lebih tua tertarik secara seksual kepada kanak-kanak yang belum baligh.
Pengidap pedofil ini selalunya adalah lelaki dan mereka boleh tertarik kepada kanak-kanak lelaki atau perempuan atau kedua-duanya. Seseorang yang mengidap pedofil mestilah berumur sekurang-kurangnya 16 tahun dan remaja mestilah sekurang-kurangnya lima tahun lebih tua daripada kanak-kanak belum baligh untuk tarikan untuk didiagnosis sebagai pedofilia.
Sebenarnya, kes pedofilia ini sudah lama berleluasa di negara luar seperti Amerika Syarikat. Dianggarkan sebanyak 20 peratus kanak-kanak di Amerika Syarikat telah dicabul, membuatkan kes pedofilia ini adalah salah satu perkara yang biasa di negara tersebut.
Namun, sejak kebelakangan ini kes pedofilia di negara kita semakin menjadi-jadi dan ianya seperti ‘trend’ yang diikuti oleh ramai orang. Inilah masanya untuk rakyat Malaysia sama-sama berganding bahu mencegah kanak-kanak daripada menjadi mangsa penghidap pedofil.
Ciri-ciri Pedofil
Dalam kebanyakan kes, pengidap pedofil merupakan orang yang dikenali oleh mangsa melalui sekolah ataupun di luar rumah seperti jiran, guru, jurulatih ataupun pengasuh. Ahli keluarga seperti ibu, bapa, nenek, datuk, makcik, pakcik, sepupu, keluarga tiri dan lain-lain lagi juga mungkin adalah pemangsa.
Selain dari ciri-ciri yang ditulis di atas adalah:
- Selalunya adalah lelaki. (terdapat juga pedofil wanita tetapi kesnya sangat jarang).
- Tidak berkahwin atau tidak mempunyai ramai kawan seusianya.
- Sesetengah pelaku mempunyai masalah mental, seperti ‘mood’ atau ‘personality disorder’.
- Jika sudah berkahwin, hubungan suami isteri lebih kepada kawan dan tiada hubungan seksual.
- Mereka sering bercakap atau melayan kanak-kanak seperti orang dewasa.
Minat dan Hobi
- Mereka sering terpesona dengan aktiviti kanak-kanak yang kelihatan lebih menyukai aktiviti yang berorientasikan untuk dewasa.
- Mereka selalu merujuk kanak-kanak di dalam istilah seperti murni dan malaikat dengan menggunakan perkataan seperti suci, murni dan kata-kata yang lain yang menggambarkan kanak-kanak tetapi ianya tidak sesuai dan dibesar-besarkan.
- Mereka mempunyai hobi keanak-anakan seperti mengumpul mainan mahal, membela reptilia atau haiwan eksotik atau membina model kapal terbang dan kereta.
Sasaran Umur Khusus
- Pedofil selalunya mempunyai sasaran kanak-kanak dengan umur yang tertentu. Ada yang memilih kanak-kanak diantara umur 4-8 tahun, ada juga yang memilih kanak-kanak yang berumur 9-12 tahun.
- Persekitaran atau bilik yang istimewa akan disediakan untuk dijadikan ruang yang sesuai untuk kanak-kanak untuk menarik minat kanak-kanak yang disasarkan.
- Ramai pedofil menyukai kanak-kanak yang hampir akhir baligh, yang tidak berpengalaman tetapi ingin tahu tentang seks.
Peranan Ibu Bapa
- Beri pendedahan kepada kanak-kanak dengan menerangkan mengenai jenayah seksual kanak-kanak agar mereka tidak menjadi mangsa.
- Menasihati mereka supaya berhari-hati apabila tubuh badan mereka disentuh oleh orang dewasa, sama ada mereka kenali ataupun tidak. Anak-anak harus tahu membezakan sentuhan fizikal yang berunsur gangguan seksual atau tidak.
- Beri pendidikan agama dan moral kepada anak-anak mengenai perbuatan seksual terlarang termasuk sumbang mahram.
- Mengingatkan anak-anak agar tidak mudah menurut pelawaan orang yng baru dikenali untuk makan, minum, bersiar-siar atau mengikut ke bilik atau rumah mereka.
- Mengingatkan mereka supaya sentiasa berwaspada dengan makanan dan minuman yang diberi oleh orang yang tidak atau baru dikenali, kerana mungkin mengandungi dadah, bahan pelali atau perangsang nafsu.
- Bersikap terbuka dengan anak-anak agar mereka dapat berkongsi masalah.
- Beri sokongan apabila anak-anak memberitahu mengenai penderaan seksual terhadap mereka dan yakinkan bahawa anda sentiasa di sisi mereka.
- Tidak berkongsi maklumat anak-anak termasuk gambar dan aktiviti harian mereka di media sosial.
- Memantau aktiviti anak-anak di alam maya dan menetapkan waktu penggunaan internet untuk anak-anak di rumah dan memantau orang-orang yang rapat dengan anak anda.
Peranan Masyarakat
- Memperkenalkan pendidikan seks yang sesuai kepada murid-murid prasekolah dan sekolah rendah untuk memberi kesedaran mengenai pemangsa seksual.
- Mengadakan kempen dan ceramah kesedaran mengenai isu pedofilia.
- Pihak polis boleh memberi kerjasama dengan memberi pendedahan khusus berhubung pencegahan jenayah seksual kanak-kanak kepada ibu bapa dan penjaga.
- Pihak polis sepatutnya memberi panduan kepada ibu bapa serta kanak-kanak yang menjadi mangsa, mencadangkan pendekatan yang sesuai kepada penjaga untuk menyampaikan pendidikan seksualitikepada kanak-kanak, meningkatkan pengetahuan ibu bapa dan penjaga dari segi keadaan psikologi kanak-kanak yang menjadi mangsa penderaan seksual serta cara untuk mengendalikan emosi mangsa.

No comments:
Post a Comment