Ekstrovert


Definisi Ekstrovert

Ekstrovert selalu digambarkan sebagai orang yang menghidupkan suasana. Perangai mereka yang peramah, mempunyai aura yang membuatkan orang tertarik dan sentiasa menjadi perhatian orang di sekelilingnya.
Personaliti yang bertentangan dengan ekstrovert adalah introvert. Introvert digambarkan sebagai orang yang pendiam. Mereka mungkin terlibat dengan pelbagai aktiviti sosial, namun mereka turut memerlukan masa bersendirian untuk mendapatkan kembali tenaga mereka.



Tanda-tanda anda adalah seorang 

ekstrovert

Berikut adalah ciri-ciri personaliti yang biasa ekstrovert miliki:

                1.  Menyukai aktiviti sosial

-       Seorang ekstrovert selalunya menjadi perhatian – dan mereka suka menjadi perhatian. Mereka berkembang di dalam aktiviti sosial dan mereka suka mencari simulasi sosial. Ekstrovert selalunya tidak takut untuk memperkenalkan diri kepada orang yang baru dikenali dan mereka jarang mengelakkan diri dari situasi yang tidak dijangka.

2.  Tidak menyukai atau tidak memerlukan banyak masa untuk berseorangan

-      Introvert selalunya mencari jalan keluar untuk balik terus rumah setelah tamat akitiviti sosial selepas kerja ataupun sewaktu keluar dengan rakan-rakan tetapi ekstrovert pula sebaliknya. Ekstrovert mengecas tenaga mereka dengan sentiasa dikelilingi oleh ramai orang.

3.  Berkawan dengan ramai orang

-     Ekstrovert mudah mencari kawan baru. Ini adalah kerana mereka
      menikmati tenaga orang lain dan terlibat dengan orang di sekeliling
      mereka.  Ekstrovert juga selalunya mempunyai rangkaian sosial yang luas
      dan mengenali ramai orang. Dengan mengejar minat dan aktiviti yang
      baru, ekstrovert sering mencuba untuk meluaskan lagi interaksi sosial
      mereka.

4.  Lebih suka berterus-terang

-     Tidak seperti introvert, ekstrovert tidak kisah untuk mengeluarkan idea
      mereka untuk dibincangkan dan menggariskan perkara yang mereka
      pilih. Ekstrovert juga lebih suka meluahkan permasalahan mereka
      kepada orang lain untuk mencari jalan penyelesaian.

5.  Peramah dan optimistik

-     Ekstrovert sering digambarkan sebagai orang yang sentiasa gembira,
      positif, riang dan pandai bersosial. Mereka juga tidak lari dari masalah
      dan pandai mencari jalan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.

6.  Berani menanggung risiko

-      Ekstrovert mungkin terlibat dengan masalah tingkah laku yang berisiko.
      Beberapa teori menegaskan bahawa otak mereka telah disetkan mereka
      akan diberi ganjaran jika ianya berjalan dengan lancar.

7.   Mudah menyesuaikan diri dengan sesuatu tempat atau situasi

-      Ekstrovert juga mudah untuk menyesuaikan diri dengan sesuatu situasi dan berinnovatif apabila sesuatu masalah timbul. Mereka mungkin akan merancang, tetapi tidak semua ekstrovert memerlukan perancangan sebelum mereka memulakan sesuatu projek, merancang percutian ataupun menguruskan apa-apa tugasan. Keputusan yang secara spontan juga turut dilakukan oleh mereka.



Jika anda merasakan anda tidak menepati semua ciri-ciri di atas, anda tidak keseorangan. Realitinya, kebanyakan orang berada di tengah-tengah di antara introvert dan ekstrovert iaitu ambivert. Hanya sebilangan orang sahaja yang mempunyai satu jenis personaliti.


Tambahan pula, manusia boleh mengubah personaliti mereka. Anda mungkin introvert semasa kecil tetapi anda merasakan anda ekstrovert apabila sudah meningkat dewasa. Artikel seterusnya akan berkisarkan tentang Ambivert.


No comments:

Aerophagia

Apakah itu aerophagia? Aerophagia merupakan istilah perubatan untuk berlebihan dan pengulangan penelanan udara. Kita mencerna sediki...