Migrain


Apa itu migrain?

Sakit kepala migrain adalah sakit kepala pada bahagian kiri atau kanan kepala atau kedua-duanya. Penghidap migrain selalunya mengalami sakit yang teruk dan selalunya diikuti oleh simptom yang lain. Simptom berikutan dengan sakit kepala jenis ini termasuklah:

  • Rasa mual
  • Terasa sakit di belakang mata atau telinga
  • Sakit di bahagian tepi kepala belakang mata
  • Melihat bintik-bintik atau cahaya berkelip dalam penglihatan
  • Sensitif terhadap cahaya atau bunyi atau kedua-duanya
  • Kehilangan penglihatan sementara
  • Muntah-muntah



Sakit kepala migrain biasanya terbahagi kepada dua kategori: migrain ‘aura’ atau migrain tanpa ‘aura’.  Istilah ‘aura’ merujuk kepada suatu sensasi yang dirasai seseorang sebelum migrain menyerang.  Sensasi yang dirasai selalunya berlaku pada bila-bila dari 10 hingga 30 minit sebelum migrain menyerang.  Tanda-tandanya adalah:

  • Tidak fokus atau mengalami masalah untuk berfikir dengan waras
  • Melihat cahaya berkelip atau garis yang tidak pernah dilihat
  • Merasa sengal-sengal di muka atau tangan
  • Mengalami rasa sentuhan, bau atau rasa yang lain dari kebiasaan


Sesetengah penghidap migrain mungkin mengalami simptom sehari atau dua hari sebelum migrain menyerang. Dikenali sebagai fasa ‘prodrome’, tanda-tandanya adalah:

  • Sembelit
  • Kemurungan
  • Selalu menguap
  • Hilang mood
  • Sakit, sengal-sengal tengkuk
  • Mengidam makanan



Pencetus migrain

Orang yang mengalami migrain mengatakan pelbagai faktor yang mungkin menjadi pencetus migrain yang dialami. Faktor-faktor ini yang disebut sebagai pencetus migrain:
  • Emosi kurang stabil
  • Perubahan hormon
  • Monopaus
  • Alkohol
  • Makan pil perancang

Merawat migrain

Tips untuk mengelakkan migrain

Mengelak dari terjadinya migrain adalah jalan penyelesaian yang terbaik untuk merawatnya.  Contoh-contah cara untuk mengelakkan berlakunya migrain adalah:

  • Membuat perubahan untuk diet anda, seperti mengelakkan dari makan makanan yang mungkin penyebab migrain seperti alkohol dan kaffein
  • Mengambil ubat-ubatan seperti ubat anti-kemurungan, ubat mengurangkan tekanan darah, ubat antiepileptic (sawan) dan CGRP antagonists
  • Mengambil langkah untuk mengurangkan stress



Ubat-ubatan

Ubat-ubatan yang digunakan untuk menghilangkan migrain dengan cepat tidak elok untuk diambil oleh penghidap migrain. Antara contoh ubat adalah:
  • Ubat anti-mual seperti promethazine (Phenergan), chlorpromazine (Thorazine), atau prochlorperazine (Compazine)
  • Ubat tahan sakit untuk ringan hingga sederhana, seperti acetaminophen atau ubat anti-radang nonstroid (NSAIDs), seperti aspirin, naproxen sodium atau ibuprofen
  • Triptans, seperti almotriptan (Axert), rizatriptan (Maxalt), atau sumatriptan (Alsuma, Imitrex, dan Zecuity)

No comments:

Aerophagia

Apakah itu aerophagia? Aerophagia merupakan istilah perubatan untuk berlebihan dan pengulangan penelanan udara. Kita mencerna sediki...