Aerophagia


Apakah itu aerophagia?


Aerophagia merupakan istilah perubatan untuk berlebihan dan pengulangan penelanan udara. Kita mencerna sedikit udara apabila kita bercakap, makan atau ketawa. Orang yang mempunyai aerophagia menelan udara yang banyak, dan ia menghasilkan simptom gastrousus yang tidak menyenangkan. 

Gastrousus merupakan saluran pencernaan di dalam sistem organ manusia yang mengekstrak dan menyerap tenaga dan nutrien, dan mengeluarkan sisa yang tinggal seperti najis. 

Antara simptom bagi gastrousus ini termasuklah sakit pada bahagian abdomen, kembung perut, sendawa, dan kentut. Aerophagia boleh menjadi kronik (jangka panjang) atau akut (jangka pendek) dan ianya juga boleh dikatakan berkaitan dengan fizikal seperti faktor psikologi.





Apakah simptom-simptomnya?


Kita menelan kita-kira dua suku udara setiap hari dengan hanya makan dan minum. Kita sendawa dalam separuh daripada itu. Udara yang lainnya berjalan melalui usus kecil dan keluar apabila kita kentut. Kebanyakan kita tidak mempunyai masalah untuk memproses dan mengeluarkan gas dari badan kita tetapi orang yang mempunyai aerophagia yang menelan banyak udara pula melalui simptom-simptom yang tidak menyenangkan.

Satu kajian yang diterbitkan oleh Alimentary Pharmacology dan Therapeutics mendapati kira-kira 56 peratus orang yang mempunyai aerophagia sering sendawa, 27 peratus kembung perut dan 19 peratus merasakan sakit pada bahagian abdomen dan distensi.





Adakah ianya aerophagia atau masalah 

penghadaman?


Aerophagia mungkin berkongsi simptom yang sama seperti masalah penghadaman – tidak berasa selesa pada atas abdomen, tetapi aerophagia dan masalah penghadaman adalah dua perkara yang berlainan. Di dalam kajian Alimentary Pharmacology dan Therapeutics, hanya orang yang mempunyai masalah penghadaman sahaja dilaporkan mempunyai simptom-simptom seperti yang disenaraikan di bawah:


  • Loya-loya
  • Muntah
  • Rasa kenyang walaupun tidak makan dalam kuantiti yang banyak
  • Penurunan berat badan






Apakah puncanya?



Bagaimana kita bernafas, makan dan minum memainkan peranan penting dalam pembentukan aerophagia. Sesetengah perkara yang membawa kepada penelanan udara yang berlebihan termasuk:


  • Makan dengan cepat (contohnya, mengambil suapan yang kedua sebelum suapan pertama dikunyah sepenuhnya dan ditelan)
  • Bercakap sambil makan
  • Mengunyah gula-gula getah
  • Minum melalui straw (menghirup lebih banyak udara)
  • Merokok (disebabkan perlakuan menghisap)
  • Bernafas melalui mulut
  • Bersenam berlebihan
  • Meminum air yang berkarbonat






Di dalam satu kajian, pengkaji membandingkan seorang dewasa dengan aerophagia dan seorang dewasa dengan masalah penghadaman, pengkaji mendapati 19 peratus orang yang mempunyai aerophagia mempunyai perasaan risau (anxiety) dan 6 peratus oleh orang yang mempunyai masalah penghadaman. 

Perhubungan di antara kerisauan (anxiety) dan aerophagia ditemui di dalam kajian yang lain yang diterbitkan di American Journal of Gastroenterology. Apabila subjek yang mempunyai sendawa yang berlebihan tidak mengetahui mereka sedang diperhati, sendawa mereka adalah sedikit daripada apabila mereka mengetahui mereka sedang diperhatikan.

Pakar membuat teori bahawa aerophagia mungkin suatu tingkah laku yang digunakan oleh orang yang mempunyai kerisauan (anxiety) untuk mengatasi stress. 




Cara untuk merawatnya


Sesetengah doktor mungkin akan memberikan ubat seperti simethicone dan dimethicone untuk mengurangkan gas di dalam perut, tetapi terapi ini tidak mampu merawat aerophagia sepenuhnya.


Kebanyakan pakar menasihatkan untuk menggunakan terapi percakapan untuk meningkatkan pernafasan semasa bercakap. Mereka juga mencadangkan terapi pengubahsuaian perlakuan untuk:


  • menyedari berapa banyak penelanan udara berlaku
  • belajar bernafas dengan perlahan
  • mempelajari cara yang efektif untuk menangani stress dan kerisauan (anxiety)

Mengurangkan, malah menghilangkan simptom aerophagia memerlukan persediaan dan kesedaran diri, tetapi ianya boleh dilakukan. Pakar menasihatkan supaya:


  • Memakan jumlah makanan yang sedikit dan mengunyah makanan sehingga hancur.
  • Mengubah cara menelan makanan atau air
  • Makan dengan mulut yang tertutup
  • Bernafas dengan perlahan dan dalam
  • Sedar dengan pernafasan melalui mulut
  • Berhenti melakukan perlakuan seperti merokok, minum minuman yang berkarbonat dan mengunyah gula-gula getah.
  • Merawat keadaan lain seperti kerisauan (anxiety), yang mungkin menyebabkan aerophagia.

Bahaya Susu Kacang Soya



Seringkali kita mendengar tentang kebaikan susu kacang soya. Namun, adakah anda tahu tentang keburukannya? Susu soya bukan sahaja bahaya untuk lelaki, ianya juga bahaya untuk perempuan terutamanya perempuan yang hamil.


Berikut adalah keburukan susu soya:

  • Kandungan asid phytic yang tinggi yang menghalang penyerapan zat dan mineral di dalam usus. Kesannya, zat-zat dalam makanan yang kita makan sehari-hari tidak memberi manfaat kerana tidak diserap oleh tubuh.
  • Mengandungi hemaglutinin yang menyebabkan sel darah bercantum sesama sendiri.
  • Mengandungi goitrogen yang menyebabkan fungsi tiroid kita menjadi lemah.
  • Kebanyakan soya telah diubah suai secara genetik bertujuan untuk memperbaiki kualiti dari segi saiz dan sebagainya. Malangnya, ianya membuatkan kandungan racun perosak semakin tinggi dan khasiat semula jadinya berkurangan.
  • Kandungan toksin semula jadi yang tinggi dan ianya menghalang tugas enzim mencerna makanan di dalam tubuh. Toksin ini juga tidak dapat dimusnahkan melalui proses memasak. Kesan sampingan dari pengambilan toksin ini ialah kembung perut, kekurangan asid amino dan ketidakfungsian pankreas.
  • Wujud unsur heavy metal toxic iaitu unsur kimia metalik yang mempunyai ketumpatan yang agak tinggi dan beracun atau beracun pada kepekatan rendah. Contoh logam berat termasuklah mercury (Hg), cadmium (Cd), arsenic (As), chromium (Cr), thallium (Tl), lead (Pb)  dan ianya menyebabkan nyanyuk.



Info tambahan!


  • Soya juga turut melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan.
  • Soya meningkatkan risiko kanser payu dara, kanser ovari, kanser prostat serta melemahkan otak dan tulang kerana terdapat hormon estrogen di dalam soya yang sama seperti ekstrogen di dalam tubuh wanita.
  • Soya juga mempunyai phytic acid yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.
  • 2 gelas susu sehari, dalam masa sebulan, adalah cukup untuk mengubah masa kitaran haid wanita!
  •     Berupaya mempengaruhi dan melembapkan minda/otak.
  • Punca kepada proses pertumbuhan luar biasa untuk bayi dalam kandungan dan kanak-kanak.


Fakta lain


  • Dikatakan, bayi yang diberi minum susu berasaskan soya menghadam phytoestrogen dari kacang soya, seolah-olah bayi tersebut menerima 5 biji PIL PERANCANG dalam sehari!


  • Pada 1991, penyelidik Jepun melaporkan bahawa penggunaan soya serendah 30 gram sehari atau 2 sudu makan, untuk sebulan, boleh menyumbang kepada peningkatan hormon tiroid yang menyebabkan kanser tiroid.


Aerophagia

Apakah itu aerophagia? Aerophagia merupakan istilah perubatan untuk berlebihan dan pengulangan penelanan udara. Kita mencerna sediki...